Rezeki

Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah disusun
oleh 
Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi diterangkan
perkara hubung kait dengan kesusahan seseorang.


1. Tidak sembahyang.
2. Tidak membaca بسم الله الرحمن الرحيم ketika hendak makan.
3. Makan atas pinggan yang terbalik.
4. Memakai kasut @ sandal dari sebelah kiri.
5. Anggap ringan yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. Berwuduk' di tempat buang air ( besar @ kecil).
7. Suka bersandar pada pintu rumah.
8. Suka duduk di atas tangga.
9. Suka mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. Membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. Tidak membersihkan rumah.
12. Membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. Suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. Suka tidur di atas muka.
15. Membakar kulit bawang.
16. Menjahit baju yang sedang dipakai.
17. Mengelap muka dengan baju.
18. Berdiri sambil bercekak pinggang.
19. Tidur tidak memakai baju.
20. Makan sebelum mandi hadas.
21. Tergesa keluar dari masjid lepas bersolat subuh.
22. Pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
 
24. Doakan perkara tidak baik terhadap ibubapa @ anak.
25. Biasa tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. Suka memadam pelita dengan nafas.
27. Membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. Membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. Membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. Memakai seluar sambil berdiri.
31. Memakai serban sambil duduk.
32. Mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. Makan dengan menggunakan dua jari.
34. Berjalan di antara kambing.
35. Berjalan di antara dua perempuan.
36. Mempermainkan janggut.
37. Meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. Meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. Menggigit kuku dengan mulut.
40. Mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. Mengadap kiblat ketika membuang air (besar @ kecil).
42. Menguap ketika solat.
43. Meludah di tempat buang air besar @ air kecil