Amal

5 CARA SYUKUR
Saidina Umar al-Khattab sedang tawaf di keliling Kaabah, terdengar doa seorang lelaki,
"Ya Allah masukkanlah aku dalam kumpulan orang yang sedikit.", Sadidina Umar bertanya dan dijawab oleh 
Lelaki : "Tidakkah tuan baca dalam al-Quran. Allah menjelaskan ayat yang bermaksud:...sedikit sahaja di kalangan hamba-Ku yang bersyukur..."
Rupanya, dia berdoa menjadi golongan bersyukur.
Firman Allah bermaksud: "Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambah nikmat dan jika kamu kufur sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."

Renung lima bentuk syukur nikmat
1) Yakinlah segala nikmat dari Allah.
2) Ucap
الحمدالله jika dipuji (Allah yang beri cerdik).
3) Terima kasih kepada penyebab nikmat (Guru dan ibu ayah).
4) Jadikan nikmat diperoleh (Anak) sebagai jalan dekat kepada Allah
(Didik anak sehingga menjadi orang berguna pada agama, bangsa dan negara.
5) Ceritakan nikmat anugerah Allah itu kepada orang lain. 
(Memperlihatkan sebahagian nikmat termasuk dalam erti kata syukur. Tetapi hati-hati, dibimbangi mengundang riya'.)

PAHALA SELEPAS MATI :
DARIPADA Anas Radiallahu Anhu, berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya;
1. Dirikan masjid (Selagi diguna untuk beramal ibadat)
2. Alirkan air sungai (Selagi ada orang meminumnya)
3. Tulis mushaf (Selagi ada orang membacanya.)
4. Penggali perigi (Selagi ada menggunakannya.)
5. Penanam (Selagi ada manusia @ burung memamkannya)
6. Pengajar ilmu (Selama diamalkan orang mempelajarinya.)
7. Anak soleh diajar ilmu al-Quran (Selagi anak itu mengamalkan ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.)

Abu Hurairah berkata,Rasulullah bersabda bermaksud : “Apabila mati anak Adam itu, ma
ka terhentilah amalnya melainkan tiga perkara iaitu sedekah yang berjalan terus, ilmu yang berguna dan diamalkan serta anak yang soleh yang mendoakan baik baginya”.

7 Naungan di Akhirat
1) Pemerintah adil.
2) Pemuda sentiasa beribadah.
3) Hatinya terikat masjid.
4) Dua orang ber (kasih+pisah ) untuk Reda Allah.
5) Hindar zina (Aku takut Allah).
6) Sedekah secara sembunyi.
7) Sebut @ ingati Allah
Sumber :

ENAM ALLAH SEMBUNYIKAN
UMAR BIN KHATTAB R.A BERKATA:Allah menyembunyikan : ...

1-....... Keredhaan dalam ketaatan. Allah tidak menzahirkan penerimaan atas amalan kita kepadaNya
Supaya kita tidak kecewa , agar terus beramal, walaupun ada sedikit kecacatan yang kita tidak ketahui.

2-....... Kemurkaan diatas kemaksiatan kita.
Allah tidak menarik nikmat dan kemewahan daripada seseorang,
Walaupun nikmatNya digunakan untuk kemaksiatan kerana Allah masih bersifat rahmat didunia.
Sedangkan sebenarnya Allah Murka kepada kita.sepatutnya kita gunakan peluang ini untuk bertaubat kepada Allah SWT.


3-....... Malam Lailatul Qadar pada tarikh tertentu
Supaya hambaNya tidak beribadat pada malam tersebut sahaja dan berpesta maksiat pada malam lain.
Oleh itu Allah menghendaki hambaNya melakukan ketaatan sepanjang ramadhan dan hayatnya.


4-....... Wali-wali Allah @ hambanya yang dikasihi
Supaya manusia tidak menghina atau menyembah wali-wali tersebut.
Sesungguhnya wali Allah akan dibenci oleh mereka yang bertuhankan hawa nafsu
Kerana wali-wali Allah tidak pernah menaruh hati sedikit pun pada tawaran mereka.


5-....... Tarikh kematian hambaNya
Supaya hambaNya sentiasa berhati menjalani kehidupan
Tidak melakukan kemaksiatan kerana mati tiba pada bila-bila masa.
Jika Allah zahirkan... hambanya tidak menjalani kehidupan lebih sempurna, lihatlah banduan yang berada dibilik Akhir sebelum dihukum gantung, mereka telah hilang akal dan melakukan perkara diluar akal kita kerana akal mereka sudah tidak berfungsi lagi.


6-....... Solat kita yang terbaik disisiNya
Supaya kita terus beribadat dan solat kepadaNya sepanjang hayat.
Jika Allah zahirkan penerimaanNya, pasti kita bermegah dan lalai melakukan maksiat